RENEW ROAD TAX ONLINE

Wednesday, February 28, 2018

Isu Neelofar, Mohon Maaf Tapi Tetap Boikot



Selepas berdepan dengan kontroversi hebat berhubung pelancaran koleksi tudung terbaru di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota Isnin lalu, syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd telah membuat permohonan maaf.
Menerusi sebuah kenyataan media, Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor, memohon maaf kepada semua pihak yang  terkesan dengan insiden yang berlaku itu.
“Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, telah menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak - Sinar Harian.

Walaupun Neelofar sendiri telah memohon maaf semalam tetapi kesan terluka pengguna tudung neelofar masih berdarah yang mana sebahagian follower IG beliau memboikot IG beliau. Bukan itu sahaja rata2 guru-guru terus memboikot walaupun kenyataan neelofar bahawa tudung baru itu telah "SOLD OUT".